Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM PERTANDINGAN KRAFTANGAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Dapat menekankan kepentingan hari bersejarah ini kepada anak-anak untuk menyemarakkan semangat Merdeka dan patriotisme di dalam hati mereka.................baca selanjutnya

PROGRAM STEM-IOT (MICRO:BIT)

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2023

Untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar................baca selanjutnya

PROGRAM KDB BERSAMA MCMC DI GIATMARA POKOK SENA

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2023

Klik Dengan Bijak (Click Wisely) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet...............baca selanjutnya

KELAS ICT: TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Untuk menambah pengetahuan tentang asal-usul komputer, jenis-jenis komputer serta fungsi bagi setiap jenis komputer..............baca selanjutnya

KURSUS PENGENALAN HALAL & TATACARA PERMOHONAN HALAL

Aktiviti Terkini | 9 April 2023

Untuk memberi pendedahan tentang proses permohonan halal mengikut prosedur yang betul supaya mudah mendapatkan kelulusan.............baca selanjutnya

PROGRAM LITERASI ICT BERSAMA PUSAT TUISYEN TICER AKMA

Aktiviti Terkini | 12-14 Mac 2023

Untuk memberi pendedahan tentang komponen-komponen asas komputer serta fungsinya.............baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2023

Untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai ilmu pengendalian makanan yang betul agar peserta yang mengikuti mahir dalam menyediakan makanan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh KKM.............baca selanjutnya

KELAS ICT

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2023

Untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta agar celik IT dan lebih cekap menggunakan komputer/tablet mahupun perisian aplikasi yang sedia ada............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti