Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.
Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.
Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.
Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.
Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.
Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020JOM SERTAI & MENANG PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE
Aktiviti Terkini | 8 - 15 Disember 2020Memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk menggunakan koordinasi motor kasar dan motor halus melalui mewarna serta mengembangkan kreativiti mereka....baca selanjutnya
KELAS MICROBIT
Aktiviti Terkini | 7 NOVEMBER 2020Kelas Microbit merupakan Program Kemahiran Pembelajaran Digital Masa Hadapan (Future Skills Learning)...baca selanjutnya
KELAS ICT: E-LEARNING
Aktiviti Terkini | 1 - 31 Oktober 2020Menambah pengetahuan pelajar mengenai “Klik Dengan Bijak”....baca selanjutnya
PROGRAM BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 ( LIVE )
Aktiviti Terkini | 5 September 2020Program dimulakan dengan pendaftaran online para staff dan wakil MIV....baca selanjutnya
BENGKEL DIGITAL MARKETING “SHOPEE”
Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2020Memberi pengetahuan asas mengenai pemasaran online melalui platform “Shopee” ...baca selanjutnya
BENGKEL DIGITAL MARKETING "SHOPEE"
Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020Program dimulakan dengan kehadiran daripada peserta & pengendalian sop seperti check suhu badan dan sebagainya....baca selanjutnya
10 MENARA TELEKOMUNIKASI AKAN DIBINA DI KEDAH
Aktiviti Terkini | 15 jun 2020Talian internet di negeri Kedah akan dinaiktaraf agar rakyat dapat mengakses segala maklumat dengan mudah dan pantas....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FFASA 4
Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3
Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya
PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1
Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya
PROGRAM JELAJAH KLIK DENGAN BIJAK DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Aktiviti Terkini | 5 Mac 2020Memberi pendedahan dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya melibatkan penggunaan media social....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK ( TIPS KESELAMATAN INTERNET ) & PROGRAM LITERASI ILMU @ PERPUSTAKAAN DESA
Aktiviti Terkini | 11 Mac 2020Taklimat ini memberi pendedahan kepada para pelajar, Ibubapa dan guru-guru tentang tips keselamatan di internet...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TAHUN 3 HINGGA 6
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, personal data protection, dan buli siber...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR SK BUKIT HIJAU.
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2020Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, keburukan dan kebaikan internet serta ketagihan game online & youtube...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR DARJAH 1 HINGGA 6
Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020Memberikan taklimat tentang isu isu semasa dan buli siber...baca selanjutnya
PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA JABIL CURCUIT SDN BHD ( OPERATOR PENGELUARAN )
Aktiviti Terkini | 13 Februari 2020Memberi peluang pekerjaan kepada penganggur di sekitar Pekan Langgar yang ingin mencari pekerjaan...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 4
Aktiviti Terkini | 5 Februari 2020Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, personal data protection, buli siber dan oversharing...baca selanjutnya
KELAS E USAHAWAN ( FB & IG ADS )
Aktiviti Terkini |18 Januari 2020Program ini bagi menerapkan nilai keusahawanan dan teknik pemasaran di laman sosial....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya