PROGRAM STEM-IOT (MICRO:BIT)

Aktiviti terkini | 12 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
SMK Simpang Kuala

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Pameran dan Latihan Micro:Bit bersama pelajar-pelajar SMK Simpang Kuala dengan kerjasama PEDi Kluster Kota Setar bagi memeriahkan minggu Stem-IoT sekolah.

Tujuan :
• Untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.
• Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal.

Kebaikan Aktiviti :
• Dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks.
• Bakal melahirkan generasi muda yang memiliki intelektual tinggi dalam bidang sains dan teknologi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Apa itu IoT?
1. IoT - Internet of Things
2. Menghubungkan pelbagai alat (device) kepada internet dan kepada alat lain.

• Apa itu Stem?
STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

• Stem-IoT (Micro:Bit)
- Pameran Micro:Bit
- Setiap pelajar diberi peluang untuk lihat dan pegang papan mikrobit serta peralatan-peralatan lain.
- Pelajar juga dapat mempelajari bagaimana cara membuat MakeCode mikrobit menggunakan laptop.
- Pelajar dapat melihat sendiri hasil secara praktikal bagaimana mikrobit berfungsi.
• Sesi Pertanyaan Soalan dan Kuiz juga disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :