Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM LITERASI ICT

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2022

Untuk menambahkan ilmu pengetahuan literasi ICT para pelajar...........baca selanjutnya

PERTANDINGAN CARROM, DART, CONGKAK & MEWARNA BERSAMA WARGA TANJUNG INGGERIS

Aktiviti Terkini | 4 November 2022

Untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama komuniti Tanjung Inggeris..........baca selanjutnya

KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022

Memudahkan pelanggan di lokasi-lokasi tertentu untuk datang ke kaunter bergerak tabung haji bagi melakukan urusan-urusan berkaitan dengan Tabung Haji..........baca selanjutnya

PROGRAM MAULIDUR RASUL BERSAMA KOMUNITI LANGGAR

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Bermatlamat menyemarakkan semangat menghayati perjuangan Baginda Rasulullah saw dan mengimarahkan surau............baca selanjutnya

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN SECARA ONLINE (ZOOM)

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2022

Berdasarkan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kegagalan menghadiri kursus pengendalian makanan ...........baca selanjutnya

JELAJAH KLIK DENGAN BIJAK KLUSTER KOTA SETAR

Aktiviti Terkini | 10 September 2022

Memberi pendedahan kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru mengenai cara menggunakan .............baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2022

Boleh meningkatkan daya kreatif dan inovasi peserta...............baca selanjutnya

LIVE FB: INFO SISTEM E-REPORTING PDRM

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2022

Memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis................baca selanjutnya

LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK (KDB) KESELAMATAN KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2022

Menerangkan tanda-tanda komputer yang dijangkiti virus................baca selanjutnya

LIVE FB: JUARA INTERNET FAMILIKU BERSAMA DIGI

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2022

Menerangkan latar belakang promosi, tawaran hebat Juara Internet Familiku yang disediakan, syarat-syarat kelayakan dan cara mendaftar kepada pelanggan Digi yang sedia ada mahupun pelanggan baru...............baca selanjutnya

LIVE FB: KDB TIPS MEMBELI BELAH DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2022

Dapat mengetahui risiko yang biasa dikaitkan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian...............baca selanjutnya

LIVE FB: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2022

Secara langsung atau tidak langsung, Internet telah mempengaruhi kehidupan pelajar dalam berbagai-bagai aspek dan perspektif. Namun begitu, Internet juga mengandungi beberapa sisi gelap yang tidak boleh diendahkan. Banyak masalah yang akan timbul kepada para pelajar jika disalahgunakan..............baca selanjutnya

LIVE FB: MOBILE E-WASTE (TELEFON LAMA, KEHIDUPAN BAHARU)

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2022

Mendidik pengguna dengan tabiat mesra alam dalam jangka masa panjang ketika membeli peranti teknologi..............baca selanjutnya

LIVE FB: EPEMULA CARA TEBUS RM150 KREDIT SHOPEEPAY, GRABPAY, TNG & BIGPAY

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet.............baca selanjutnya

LIVE FB: SOALAN LAZIM (PENGELUARAN KHAS KWSP)

Aktiviti Terkini | 1 April 2022

Memberitahu syarat-syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran khas.............baca selanjutnya

LIVE FB: KDB PANDUAN IBUBAPA DAN PENJAGA DALAM MELAHIRKAN WARGA DIGITAL HEBAT

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Berkongsi informasi dan panduan kepada ibu bapa & penjaga dalam hebahan digital IT kepada anak-anak............baca selanjutnya

LIVE FB: KDB (PANDUAN KESELAMATAN DI INTERNET)

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022

Memberi pendedahan tentang jenayah siber............baca selanjutnya

LIVE FB: KELEBIHAN BERNIAGA DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Menerangkan kelebihan berniaga di Shopee bagi pengguna baru ( penjual baru )...........baca selanjutnya

LIVE FB: PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI KEPADA MASYARAKAT

Aktiviti Terkini | 17 Februari 2022

Menerangkan evolusi komputer secara ringkas............baca selanjutnya

LIVE FB: ASAS MICROSOFT WORD & PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Memahami asas penggunaan Microsoft Word............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti