LIVE FB: EPEMULA CARA TEBUS RM150 KREDIT SHOPEEPAY, GRABPAY, TNG & BIGPAY

Aktiviti terkini | 16 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Kerajaan memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 atau ePemula. E-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.


Tujuan :
• Memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet.
• Pelajar dapat membuat pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
1) Kelayakan Pemohon
• Belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi
2) Amaun Kelayakan
• Amaun RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet
3) Tempoh Tuntutan
• Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022
4) Rangkaian E-Wallet yang terlibat dalam program e-Pemula
• Touch n Go eWallet
• ShopeePay
• Grab Pay
• BigPay
5) Pemohon boleh menebus kredit tersebut di salah satu rangkaian E-Wallet sahaja.


Kelebihan Aktiviti :
• Program e-Pemula ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan golongan belia.
• Dapat mengingatkan golongan muda mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif.
• Dapat membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan golongan belia.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :