LIVE FB: KDB PANDUAN IBUBAPA DAN PENJAGA DALAM MELAHIRKAN WARGA DIGITAL HEBAT
Aktiviti terkini | 26 Mac 2022Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Changlun
Ringkasan Aktiviti:
• Kami mengadakan KDB secara atas talian yang bertajuk Peranan Ibu Bapa dan Penjaga dalam Melahirkan Warga Digital Hebat disampaikan oleh penolong pengurus PEDi Langgar dan Changlun.
• Dapat kita tekankan ibu bapa merupakan “Role Model” dan teladan kepada anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa sangatlah berat dalam memastikan anak-anak selamat ketika melayari atau menggunakan internet. Ini kerana alam siber merupakan alam yang sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak yang dibawah umur 18tahun. Ibu bapa berperanan memantau aktiviti harian anak-anak didalam talian atau luar talian dan mengajar mereka bagaimana menggunakan internet dengan betul dan beretika.
• Staff menggunakan platform Facebook Page untuk sesi KDB ini
Tujuan :
• Berkongsi informasi dan panduan kepada ibu bapa & penjaga dalam hebahan digital IT kepada anak-anak.
• Memberi pendedahan kepada komuniti dan penonton serta ibu bapa yang mengikuti LIVE FB kami tentang tataterib melayari internet kepada kanak-kanak.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Kami mengadakan KDB secara atas talian yang bertajuk Peranan Ibu Bapa dan Penjaga dalam Melahirkan Warga Digital Hebat disampaikan oleh penolong pengurus PEDi Langgar dan Changlun.
• Dapat kita tekankan ibu bapa merupakan “Role Model” dan teladan kepada anak-anak. Tanggungjawab ibu bapa sangatlah berat dalam memastikan anak-anak selamat ketika melayari atau menggunakan internet. Ini kerana alam siber merupakan alam yang sangat berbahaya terutama kepada kanak-kanak yang dibawah umur 18tahun. Ibu bapa berperanan memantau aktiviti harian anak-anak didalam talian atau luar talian dan mengajar mereka bagaimana menggunakan internet dengan betul dan beretika.
• Staff menggunakan platform Facebook Page untuk sesi KDB ini
Kelebihan Aktiviti :
1) Menyenaraikan Panduan ibu bapa dan penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat seperti :
• Didik anak-anak akhlak yang baik dan nilai-nilai murni sebelum mereka menggunakan internet.
• Bimbing anak-anak mengenai tingkah laku siber yang baik apabila mereka menggunakan internet.
• Lengkapi anak-anak dengan kemahiran keselamatan internet supaya mereka boleh bertindak apabila berhadapan dengan ancaman.
• Jadi teman baik mereka. Dan terokai dunia internet bersama. Bincang mengenai laman web yang boleh dan tidak boleh diterokai.
• Ambil tahu trend terkini teknologi internet dan media sosial serta ciri-ciri keselamatan.
• Amalkan waktu tanpa internet apabila bersama keluarga.
• Buat peraturan penggunaan internet untuk keluarga. Ibu bapa perlu menjadi contoh pengguna internet yang bijak.
• Berkomunikasi dengan anak-anak. Dengar, jangan terus menghukum.
• Pantau aktiviti anak-anak. Ketahui kenalan mereka di media sosial dan aktiviti mereka di luar dan dalam talian.
• Biasakan diri dan anak-anak dengan saluran pelaporan sedia ada dan tahu bagaimana menggunakannya.
2) Berkongsi Video 4 Cara ibubapa untuk mengetahui dan paham akan pemikiran kanak-kanak contohnya :
• Thinking style (Gaya berfikir)
• Maintaining style (Mengekalkan gaya)
• Innovative style (Gaya inovatif)
• Harmony style (Gaya harmoni)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :