PROGRAM PERTANDINGAN KRAFTANGAN KEMERDEKAAN

Aktiviti terkini | 18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Langgar

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Bulan Ogos dah menjelang dan ini bermakna kita akan menyambut hari kebangsaan tak lama lagi. Adalah menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia di mana kita berupaya hidup secara harmoni di kalangan masyarakat berbilang kaum setelah 66 tahun lamanya. Salah satu cara yang sesuai untuk meraikan hari kemerdekaan pada usia anak-anak muda adalah melalui aktiviti seni dan kraf merdeka.

Tujuan :
• Dapat menekankan kepentingan hari bersejarah ini kepada anak-anak untuk menyemarakkan semangat Merdeka dan patriotisme di dalam hati mereka.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Apa itu Kraf Merdekaan?

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan atau sebagainya.

• Aktiviti di mula dengan pembahagian bahan-bahan kepada peserta iaitu :
1. Kertas
2. Gam
3. Gunting
4. Pensil Warna
5. Kayu Ais Krim
6. Pita pelekat

• Aktiviti di mulakan selepas tayangan video tutorial kraft tapak tangan kepada peserta.
• Aktiviti di akhiri dengan pemilihan pemenang bagi kraftangan yang kemas dan cantik.


Kebaikan Aktiviti :
• Dapat mengembangkan imaginasi mereka dan meningkatkan keyakinan diri
• Dapat meningkatkan tumpuan kerana kraf akan membuatkan mereka faham bahawa mereka perlu memberi perhatian yang terbaik untuk mendapatkan hasil yang terbaik


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :