PROGRAM KDB BERSAMA MCMC DI GIATMARA POKOK SENA

Aktiviti terkini | 14 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
Giatmara Pokok Sena

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Tujuan :
• Klik Dengan Bijak (Click Wisely) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.

Kebaikan Aktiviti :
• Setiap individu harus memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Internet yang positif, bertanggungjawab, sensitif dan beretika.
• Klik Dengan Bijak berusaha untuk mewujudkan persekitaran Internet yang selamat dan mengembirakan buat semua orang.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Mesej utama kempen Klik Dengan Bijak adalah berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara yang merangkumi semua aspek yang perlu ditekankan dalam kehidupan seluruh rakyat Malaysia.
• Pembudayaan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam penggunaan Internet seharian akan diterapkan melalui pelbagai aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM).
• Kuiz MyCyberGenius
• Slot Shopee
• Penyampaian Hadiah Kuiz & Sesi Bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :