Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


PROGRAM JELAJAH KLIK DENGAN BIJAK DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2020

Memberi pendedahan dengan isu-isu semasa yang berlaku terutamanya melibatkan penggunaan media social....baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK ( TIPS KESELAMATAN INTERNET ) & PROGRAM LITERASI ILMU @ PERPUSTAKAAN DESA

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2020

Taklimat ini memberi pendedahan kepada para pelajar, Ibubapa dan guru-guru tentang tips keselamatan di internet...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TAHUN 3 HINGGA 6

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020

Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, personal data protection, dan buli siber...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR SK BUKIT HIJAU.

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2020

Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, keburukan dan kebaikan internet serta ketagihan game online & youtube...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR DARJAH 1 HINGGA 6

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2020

Memberikan taklimat tentang isu isu semasa dan buli siber...baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA JABIL CURCUIT SDN BHD ( OPERATOR PENGELUARAN )

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2020

Memberi peluang pekerjaan kepada penganggur di sekitar Pekan Langgar yang ingin mencari pekerjaan...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 4

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2020

Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, personal data protection, buli siber dan oversharing...baca selanjutnya

KELAS E USAHAWAN ( FB & IG ADS )

Aktiviti Terkini |18 Januari 2020

Program ini bagi menerapkan nilai keusahawanan dan teknik pemasaran di laman sosial....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti