Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Langgar merupakan sebuah pekan kecil di negeri Kedah, Malaysia. Ia terletak di antara pekan Pokok Sena dan Bandar Alor Setar. Masyarakat di sini menyebutnya “Langgaq”.

Perkataan 'langgar' di sini bermakna 'perkuburan raja' atau 'makam'. Di sini terdapat sebuah makam raja sejak tahun 1706 yang berdekatan dengan Masjid Langgar(Masjid Jamek Tunku Kalsum). Dalam makna yang lain 'langgar' juga bermaksud pusat pengajian agama seperti surau dan madrasah.

Terdapat banyak tempat pengajian agama di Langgar. Langgar merupakan sebuah penempatan di Kedah yang telah wujud sejak 1700-an. Ketika itu jalan pengangkutan untuk pergi ke Langgar adalah melalui laluan sungai dari Bukit Pinang.

Jaraknya dari Bandar Alor Setar ialah lebih kurang 9 km. Disinilah terletaknya Komplek Makam diRaja Langgar bersebelahan dengan Sungai Langgar. Komplek ini dibina pada bulan Jun tahun 1701.

Sultan Abdullah Muazzam Shah telah telah memilih Langgar sebagai tempat pemerintahannya dan apabila baginda meninggal pada 1706, baginda telah dimakamkan di Langgar. Sejak dari itu, kesemua Sultan Kedah dan kerabat di Raja Kedah telah dimakamkan di permakaman diraja di Langgar. Diantara tokoh yang dimakamkan di Langgar termasuk Tunku Abdul Rahman, perancang kemerdekaan Malaysia, dan juga Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah sendiri telah memilih untuk dikebumikan di Langgar dan bukannya di makam pahlawan, di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Langgar juga merupakan sebuah pusat pengajian agama berasaskan Sistem Pondok, iaitu sebuah sistem pendidikan yang tertua di Alam Melayu ini. Sistem Pondok ini telah berjaya menghasilkan ramai tokoh-tokoh agama dan alim ulama yang telah memberi sumbangan yang besar di dalam perkembangan Islam.

Bentuk pondok yang terdapat di Pekan Langgar adalah sama dengan bentuk Penjantren yang terdapat di Pulau Jawa, Madura, Acheh, Minangkabau dan juga Sumatera. Terdapat banyak pondok-pondok pengajian, antaranya yang terkenal ialah Pondok Tuan Haji Mohammad Nor(lebih dikenali sebagai Pondok Tasak), Pondok Tuan Haji Ahmad Tua, Pondok Tuan Haji Ahmad Janggut dan Pondok Sheikh Abdullah Mesir.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KURSUS PENGURUSAN MAKLUMAT BERASASKAN TEKNOLOGI ATAS TALIAN UNTUK PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2019

Menghasilkan sistem maklumat dan data pelajar KEMAS....baca selanjutnya

COLOURING CHALLENGE (TEMA: SUASANA KAMPUNG)

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019

Memberi pendedahan dan peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan koordinasi motor kasar dan motor halus melalui mewarna serta mengembangkan kreativiti mereka....baca selanjutnya

PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA PERODUA ( OPERATOR PENGELUARAN )

Aktiviti Terkini |25 November 2019

Memberi peluang pekerjaan kepada penganggur di sekitar Pekan Langgar yang ingin mencari pekerjaan...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK TUNKU BENDAHARA

Aktiviti Terkini |10 November 2019

Memberikan taklimat tentang isu isu semasa, personal data protection dan oversharing...baca selanjutnya

KARNIVAL HARI KOKURIKULUM SK FELDA BATU 8, CHANGLUN

Aktiviti Terkini | 6 November 2019

Memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjawab soalan soalan yang berkaitan dengan media sosial dan teknologi maklumat serta klik dengan bijak...baca selanjutnya

EKSPO KEDAH DIGITAL 2019

Aktiviti Terkini | 2 November 2019

Memberikan taklimat kepada pengunjung tentang penggunaan TV Digital...baca selanjutnya

KELAS PENGENALAN ICT DAN MS WORD SERTA TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 6 Oktober 2019

Memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar teknik asas Microsoft word yang digunakan...baca selanjutnya

PROGRAM KEMERDEKAAN KOMUNITI BERSAMA MASYARAKAT 2019

Aktiviti Terkini |14 September 2019

Memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan amat panting bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum...baca selanjutnya

KELAS ICT & TAKLIMAT ANOG SWITCH OFF (MYFREEVIEW) KEPADA PENGHULU DAN MPKK MUKIM PADANG TEMAK.

Aktiviti Terkini | 6 September 2019

Memberi pendedahan cara menggunakan mytvfreeview untuk mendapatkan free channel bagi menggunakan decoder jika menggunakan televisyen analog...baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT PENUTUPAN SIARAN TV ANALOG PERINGKAT NEGERI KEDAH

Aktiviti Terkini |21 Ogos 2019

Memberi pendedahan cara menggunakan mytvfreeview untuk mendapatkan free channel bagi menggunakan decoder jika menggunakan televisyen analog...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2019 BERSAMA TADIKA KEMAS KG TRADISI & PPDK PDK CHANGLUN, KEDAH

Aktiviti Terkini |6 Ogos 2019

 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonian hidup murid dl sekolah. Antara nilai-nilal murni tersebut ialah bekerjasama, bertolak ansur dan berfikiran positif...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN PAMERAN E-WASTE SERTA EDARAN RISALAH MYFREEVIEW @ MYTV.

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019

 Pameran E-Waste dan aktiviti KBD dimulakan mengikut berkumpulan beserta Edaran risalah myfreeview@MYTV dan Sesi Soal Jawab / pertanyaan...baca selanjutnya

PROGRAM MIV & PROJEK TELEVISYEN TERRESTRIAL DIGITAL

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2019

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para sukarelawan dan staff pusat internet tentang Projek Televisyen Terrestrial Digital atau Digital Terrestrial Television (DTT) yang di lancarkan di Malaysia...baca selanjutnya

Tayangan Video Sempena Ramadan

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2019

Bertujuan untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadan pada tahun 2019 ini... baca selanjutnya

Program Keusahawanan Basic Online Marketing Bersama Staf dan Ahli Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Program dimulakan dengan Teknik pemasaran dengan menggunakan online platform seperti facebook dan Instagram... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (Kluster)

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Aktiviti ini merupakan aktiviti utama Pusat Internet bagi bulan Mac 2019. Ia merupakan aktiviti bersama pihak komuniti bagi mengeratkan lagi hubungan serta mesra antara staff Pusat Internet, ibu bapa, ahli Pusat Internet bersama... baca selanjutnya

Mari Kita Berkemas 2019

Aktiviti Terkini | 9 Februari 2019

Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan persekitaran pusat internet di samping mengajar peserta untuk menjadi individu yang sukakan kebersihan... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya