PROGRAM LITERASI ICT BERSAMA PUSAT TUISYEN TICER AKMA

Aktiviti terkini | 12-14 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Tuisyen Ticer Akma, No 8 Jalan Sejahtera 1, Taman Sejahtera, 06700 Pendang, Kedah

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
Program Literasi ICT diadakan bagi mengisi masa lapang pelajar pada musim cuti sekolah kali ini. Seramai 31 pelajar dari kalangan pra-sekolah dan sekolah rendah telah menyertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan selama 3 hari berturut-turut.

Tujuan :
• Untuk memberi pendedahan tentang komponen-komponen asas komputer serta fungsinya
• Untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang buli siber serta kesannya dan cara menangani masalah tersebut
• Untuk menguji minda dan pengetahuan para pelajar bagi setiap kuiz yang dijalankan

Kebaikan Aktiviti :
• Setiap pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang peralatan asas komputer serta fungsi bagi setiap peralatan tersebut.
• Setiap pelajar dapat mendengar taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu mengenai Buli Siber yang kini kian berleluasa.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
Ahad : 12 Mac 2023 (Hari Pertama)
• Taklimat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
• Kuiz TMK
• Teka Silang Kata TMK
• Aplikasi e-Pembelajaran Mudah Alih (Tablet)
• Ujian Kepantasan Menaip
• Siri Pembelajaran Micro:Bit
• Demonstrasi Micro:Bit
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar
Isnin : 13 Mac 2023 (Hari Kedua)
• Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)
• Kuiz KDB
• Carian Perkataan (ICT)
• Aplikasi e-Pembelajaran Mudah Alih (Tablet)
• Latihan Mewarna Digital
• Word Search Online
• Slot Bonus : Chef Cilik (Cupcakes Decoration)
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar
Selasa : 14 Mac 2023 (Hari Ketiga)
• Kuiz Kahoot TMK
• Kuiz Kahoot KDB
• Kuiz Kahoot Maklumat Am
• Cari Benda Tersembunyi
• Aplikasi e-Pembelajaran Mudah Alih (Tablet)
• Puzzle
• Connect the Dots
• Roda ICT (Spinning Wheel Games)
• Penyampaian Hadiah
• Sesi Bergambar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :