Program KDB dan Jom Internet di Asrama Sekolah Kebangsaan Jabi

10 Januari 2018 | Rabu
3.00 petang - 6.00 petang | Asrama Desa Sekolah Kebangsaan Jabi, Kedah

Tujuan:
Memberi pendedahan cara menggunakan internet dan menggalakkan peserta untuk seronok menggunakan internet dengan selamat.

Kelebihan:
Peserta dapat memahami cara penggunaan internet dengan baik dan selamat selain berasa seronok melayari internet.

Penglibatan:
Para pelajar sekolah.

Perlaksanaan Aktiviti:
 Program dimulakan dengan ‘Ice Breaking’, peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan.
 Seterusnya peserta diberi penerangan berkenaan KDB.
 Selesai penerangan, setiap kumpulan dikehendaki menjawab kuiz KDB.
 Aktiviti diteruskan dengan ‘Kenali’ di mana perserta dikehendaki mendapatkan tandatangan rakan yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan pada kertas diberikan.
 Seterusnya, aktiviti radio rosak di mana setiap perserta diminta menyampaikan kod internet sehingga kepada ahli yang terakhir, dan ahli yang terakhir perlu menaip kos tersebut de Laptop di hadapan mereka.
 Aktviti terakhir, peserta dikehendaki mencipta garisan terpanjang menggunakan apa sahaja barang yang ada.
 Sebagai penutup, peserta diberi rumusan ringkas tujuan aktiviti dan diminta untuk memberikan ucapan ringkas tentang apa yang difahami oleh peserta.
 Penyampaian hadiah disampaikan kepada kumpulan yang menang dan individu yang terbaik oleh Penyelia Asrama Desa SK Jabi.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama