Program Advokasi Klik Dengan Bijak & KDB Cyber Challenge

6 April 2017 | Khamis
2.00 petang – 6.00 petang | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul Klik Dengan Bijak yang mengandungi cara bagaimana untuk melayari internet secara berhemah dan memperoleh pelbagai cara untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu maklumat yang diterima atau disebarkan.

Kelebihan:
- Mendedahkan kepada peserta pelbagai pilihan dan cara melayari internet dengan baik.
- Membantu peserta untuk lebih prihatin terhadap keselamatan apabila berkongsi butiran peribadi di internet.
- Merapatkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan masyarakat.

Penglibatan:
Pelajar Pengawas Asrama Negeri Kedah

Aktiviti Berkaitan:
Program dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Peserta didedahkan dengan informasi-informasi berkaitan cara mengawal keselamatan dalam melayari internet. Kemudian peserta diberi tugasan dalam menyelesaikan aktiviti KDB Cyber Challenge yang terdiri daripada Cari Perkataan, Ujian Kecekapan dan Suai Susun Gambar.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama