JELAJAH KLIK DENGAN BIJAK KLUSTER KOTA SETAR

Aktiviti terkini | 10 September 2022

Tempat Aktiviti:
Padang Awam Pokok Sena

Nama VIP:
Yb Dato' Wan Romani Bin Wan Salin

Ringkasan Aktiviti:
Jelajah Klik Dengan Bijak Kluster Kota Setar dijalankan bagi meraikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Disamping memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), Petugas PEDi juga ada membuka ‘booth’ dengan mempromosikan PEDi kepada komuniti yang hadir dengan memberi sedikit cenderahati kepada para paserta yang menjawab kuiz KDB.

Tujuan :
• Memberi pendedahan kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru mengenai cara menggunakan internet dengan bijak, selamat dan berhemah.

Kebaikan Aktiviti :
• Perarakan Merdeka Berselawat oleh para pelajar, guru sekolah dan komuniti yang hadir.
• Pendaftaran peserta.
• Aktiviti mempromosikan PEDi dan memberi cenderahati kepada peserta yang menjawab kuiz KDB di ‘booth’ PEDi yang disediakan.
• Perasmian oleh Exco Penerangan Komunikasi Multimedia Kerajaan Negeri Kedah iaitu Yb Dato' Wan Romani Bin Wan Salin.
• Upacara Silat dan deklamasi sajak.
• Taklimat KDB oleh staff PEDi.
• Temuduga terbuka oleh Perkeso.
• Bersurai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengunjung dapat menambah ilmu pengetahuan tentang cara menggunakan internet dengan bijak dan selamat.
• Pengunjung sedar apa tindakan dan siapa perlu dihubungi sekiranya menjadi mangsa jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :