KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti terkini | 18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Langgar

Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti:
• Tabung Haji telah melancarkan inisiatif perkhidmatan bergerak TH kepada komuniti.
• Simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan urusannya. Ia adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
• Perkhidmatan ini telah diadakan di PEDi Langgar pada 18 Oktober 2022 bertujuan untuk menambah baik tahap kualiti serta akses pendeposit kepada perkhidmatan TH.

Tujuan :
Memudahkan pelanggan di lokasi-lokasi tertentu untuk datang ke kaunter bergerak tabung haji bagi melakukan urusan-urusan berkaitan dengan Tabung Haji.

Kebaikan Aktiviti :
• TH berusaha untuk menambahbaik perkhidmatannya dengan melaksanakan pembaharuan dan penstrukturan untuk manfaat pendeposit.
• Pendeposit tidak perlu keluar jauh untuk melakukan urusan berkaitan dengan TH.
• Pendeposit sedia ada tidak perlu mengisi apa-apa dokumen baharu dan boleh berurusan seperti biasa di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh negara.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Ketibaan staff dari agensi Tabung Haji Cawangan Pendang
• Pembukaan Kaunter dan menunggu ketibaan komuniti
• Antara perkidmatan yang disediakan adalah :
1) Pembukaan akaun TH kanak-kanak
2) Pendaftaran Haji
3) Pembukaan akaun TH dewasa
4) Kemaskini maklumat akaun profil
5) Daftar Haji
6) Pendaftaran akaun TH online iaitu “THiJARI”
7) Simpanan tunai
8) Penamaan
9) Potongan Gaji
10) Penukaran status akaun
11) Penutupan akaun
• Program tamat
• Serahan goodies kepada staff TH dan sesi bergambar
• Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :