KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN SECARA ONLINE (ZOOM)

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Platform zoom

Nama VIP:
Yb Dato' Wan Romani Bin Wan Salin

Ringkasan Aktiviti:
Kursus pengendalian makanan merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut samada di syarikat swasta mahupun di PBT
Setelah Tamat kursus, peserta akan menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.

Tujuan :
Berdasarkan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kegagalan menghadiri kursus pengendalian makanan boleh menyebabkan pengendali makanan/majikan dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau didenda maksimum RM10,000.

Kebaikan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan kata-kata aluan pembukaan
• Kursus merangkumi 4 seksyen iaitu :
1. Pengenalan
2. Kebersihan Makanan
3. Keselamatan Makanan
4. Faktor-faktor Kritikal Keracunan Makanan
• Tayangan video tentang pengendalian makanan
• Taklimat berkenaan pengendalian makanan merangkumi aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.
• Peserta perlu jawab kuiz menggunakan google form
• Kesimpulan topik
• Kata-kata penutup kursus dan sesi bergambar
• Bersurai.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar kelelamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :