LIVE FB: KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Aktiviti terkini | 24 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
• Kebaikan dan keburukan Internet kepada pelajar adalah sesuatu topik yang sering dibincangkan oleh ramai pihak termasuklah warga pendidik dan ibu bapa di Malaysia.
• Internet adalah teknologi yang kerap berevolusi dengan pelbagai ciri-ciri baharu untuk mengoptimumkan akses kepada pelbagai servis dan capaian. Sejak internet diperkenalkan, kehidupan moden manusia menjadi mudah dan selesa.
• Malah daripada institusi kewangan, penjagaan kesihatan, ekonomi dan sehinggalah ke bidang pendidikan khususnya sering memperoleh manfaat daripada kebaikan perkembangan Internet.


Tujuan :
Secara langsung atau tidak langsung, Internet telah mempengaruhi kehidupan pelajar dalam berbagai-bagai aspek dan perspektif. Namun begitu, Internet juga mengandungi beberapa sisi gelap yang tidak boleh diendahkan. Banyak masalah yang akan timbul kepada para pelajar jika disalahgunakan.
Tujuan topik kali ini, adalah membincangkan secara terperinci apakah kebaikan dan keburukan Internet kepada pelajar di Malaysia.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menerangkan info-info utama seperti maksud internet dan apa kegunaan internet.
• Berkongsi input mengenai kelebihan ataupun manfaat internet kepada para pelajar.
• Menerangkan kesan buruk internet kepada para pelajar
• Memberi kesimpulan mengenai topik internet yang diperbincangkan di internet


Kelebihan Aktiviti :
Kebaikan internet kepada pelajar.
• Sebagai Sumber Informasi
• Kebolehcapaian Internet Tiada Had Sempadan
• Instrumen Komunikasi
• Membuka Peluang pekerjaan
• Kemudahan Pendidikan Dalam Talian


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :