LIVE FB: MOBILE E-WASTE (TELEFON LAMA, KEHIDUPAN BAHARU)

Aktiviti terkini | 11 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Program e-Sisa Mudah Alih telah diperkenalkan secara rasminya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Ogos 2015 bertujuan untuk mendidik pelbagai lapisan masyarakat tentang kepentingan melupuskan e-sisa mudah alih dengan cara yang selamat dan mesra alam.


Tujuan :
• Mendidik pengguna dengan tabiat mesra alam dalam jangka masa panjang ketika membeli peranti teknologi.
• Memberitahu cara bagaimana untuk melupuskan barangan elektrik/eletronik.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• e-sisa mudah alih adalah merangkumi peranti seperti telefon, tablet, phablet, bateri, pengecas serta aksesori-aksesori telefon.
• Komponen elektronik yang terdapat di dalam peranti mudah alih selalunya mengandungi bahan cemar seperti plumbum, kadmium dan raksa, yang boleh mengakibatkan isu-isu alam sekitar dan kesihatan yang serius jika tidak ditangani dengan betul dan selamat.


Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran orang ramai.
• Pengumpulan Mobile e-Waste di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :