LIVE FB: KDB (PANDUAN KESELAMATAN DI INTERNET)

Aktiviti terkini | 23 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Internet dan teknologi dalam talian seperti telefon bimbit adalah alat canggih yang digunakan untuk berkomunikasi, belajar, bermain dan berhibur seluruh dunia. Ramai orang bergantung dengan internet dan telefon mudah alih untuk bersosial. Terdapat risiko apabila berkomunikasi secara dalam talian. Buli siber, penyamaran, penipuan dan bahan yang tidak sesuai adalah antara risiko yang sering berlaku.


Tujuan :
• Memberi pendedahan tentang jenayah siber.
• Memberi 6 cara panduan keselamatan di internet.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
6 Cara Meningkatkan Keselamatan di Internet: 1) Gunakan Kata Laluan.
2) Kemaskini Perisian Keselamatan.
3) Fikir Sebelum Klik.
4) Waspada Jenayah Siber.
5) Elakkan Daripada Terpedaya.
6) Laporkan Kepada Pihak Berkuasa.


Kelebihan Aktiviti :
• Panduan penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi, seperti nama, alamat rumah, nombor telefon, nama dan lain-lain.
• Panduan untuk ibubapa. Didik anak anda mengenai buli siber. Sekiranya mereka berasa diri mereka dibuli di internet, mereka harus segera maklumkan perkara ini kepada ibubapa, guru, atau mana-mana orang dewasa lain yang mereka percayai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :