LIVE FB: KDB TIPS MEMBELI BELAH DALAM TALIAN

Aktiviti terkini | 10 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
• Membeli-belah dalam talian ialah proses yang pengguna lakukan untuk membeli produk atau perkhidmatan dalam Internet. Kedai dalam talian, e-kedai, kedai internet, kedai sesawang, atau kedai maya kesemuanya adalah padanan dalam talian kepada peruncit bata dan lepa dan pusat membeli-belah
• Perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-pengguna (B2C).
• Jadi,PENGALAMAN MEMBELI-BELAH ANDA KINI SUDAH BERUBAH, daripada barang runcit kepada percutian, semua benda boleh dibeli dengan satu klik sahaja.
• Bagaimana anda boleh pastikan membeli belah dalam talian adalah pengalaman yang menyeronokkan?


Tujuan :
• Dapat mengetahui risiko yang biasa dikaitkan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian.
• Dapat mempelajari cara membeli belah dalam talian dengan cara yang selamat.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menerangkan risiko yang biasa dikaitkan dengan pembelian barangan dan perkhidmatan dalam talian seperti :
1. Laman Web Palsu
2. Laman Web Tidak Disulitkan
3. Caj Tersembunyi
4. Penipuan atau Pemalsuan
5. Kebolehpercayaan kepada Penjual
6. Isu Standard Keselamatan

• Tayangan video mengenai panduan mencegah penipuan membeli belah dalam talian.
1. Tidak terburu buru membuat keputusanpembelian atas talian
2. Semak maklumat penjual
3. Simpan salinan iklan barangan yang dibeli
4. Gunakan kata kunci selamat pada portal jualan atau belian.
5. Tidak meletak maklumat perbankan secara tetap di akaun jualan atau belian


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :