LIVE FB: INFO SISTEM E-REPORTING PDRM

Aktiviti terkini | 18 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Online Police Reporting System (e-Reporting) merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), sebagai sebahagian pendekatan bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan (GTP)

Tujuan :
• Memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuat laporan polis secara online, yang tidak melibatkan kes-kes jenayah dan yang tidak memerlukan siasatan lanjut oleh pihak polis.


Kebaikan Aktiviti :
• Meningkat kepuasan pelanggan dengan mengurangkan masa menunggu orang awam di pejabat pertanyaan.
• Meningkatkan prestasi PDRM dengan mengurang beban kerja personel pejabat pertanyaan.
• Meningkatkan reputasi dan imej perkhidmatan PDRM di era digital.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Sistem e-Reporting adalah terhad kepada warga Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas. Boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ada capaian jaringan.
• Aduan yang boleh dibuat menggunakan system E-Reporting PDRM adalah :
i. Hilang/ Tercicir Kad Pengenalan
ii. Hilang/ Tercicir Lesen Memandu
iii. Hilang/ Tercicir Paspot
iv. Hilang/ Tercicir Kad Kredit/ATM
v. Hilang Telefon Bimbit
vi. Hilang Komputer Riba
vii. Hilang Cukai Jalan
viii. Pembantu Rumah Lari Dari Majikan (tujuan permohonan pembatalan permit sahaja)
ix. Kehilangan kerosakan peralatan/dokumen akibat bencana alam


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :