LIVE FB: PENGENALAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI KEPADA MASYARAKAT

Aktiviti terkini | 17 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Teknologi maklumat dan komunikasi adalah satu istilah umum yang menerangkan sebarang teknologi yang membantu menghasilkan, memanipulasi, menyimpan, berkomunikasi, dan atau menyebarkan maklumat yang melibatkan teknologi komputer serta perpindahan dan perkongsian maklumat dalam kehidupan.


Tujuan :
• Menerangkan evolusi komputer secara ringkas. • Penerangan mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan seharian: Pendidikan, Perbankan, Perindustrian dan Perdagangan.
• Perbezaan di antara sistem berkomputer dengan sistem yang tidak berkomputer.
• Menyatakan kesan Teknologi Maklumat & Komunikasi kepada masyarakat.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Generasi Pertama (1940-1956). Semasa komputer generasi pertama dibangunkan, ia dilengkapi dengan tiub vakum (vacuum tubes).
• Generasi Kedua (1956-1963). Transistor mula digunakan menggantikan tiub vakum dalam sistem komputer.
• Generasi Ketiga (1964-1971). Pada generasi ini, pembuat komputer mula mengantikan transistor dengan litar bersepadu atau lebih dikenali sebagai IC (Intergrated Circuit).
• Generasi Keempat (1971-sekarang). Mikropemproses (microprocessor) mula diperkenalkan di mana, terdapat ribuan IC (Intergrated Circuit) dibina di atas satu cip silikon.
• Generasi Kelima (Sekarang-Akan datang). Ia berdasarkan kecerdasan buatan (artificial intelligence –AI).
• Sistem Berkomputer membolehkan semua urusan perbankan di lakukan menggunakan computer dan transaksi bole di lakukan di mana-mana saja dan bila bila masa. Manakala, Sistem Tidak Berkomputer semua urusan di lakukan secara manual dan mengambil masa yang lama.
• Kesan Teknologi Maklumat & Komunikasi kepada masyarakat ialah boleh mendapatkan maklumat secara mudah dan lebih terperinci jadi pelajar dapat mencari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah dan maklumat dapat diakses secara mudah dan cepat.



Kelebihan Aktiviti :
1) Menyenaraikan kegunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan seharian dari segi:
• PENDIDIKAN: Meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam sistem pengurusan sekolah.
• PERBANKAN & PERNIAGAAN: Mewujudkan satu komunikasi yang luas dengan pelanggan.
• KEHIDUPAN HARIAN DI RUMAH: Maklumat dapat di capai dengan mudah walaupun dari rumah dengan adanya kemudahan komputer dan internet serta televisyen.
• PERINDUSTRIAN: Memudahkan perancangan pengeluaran dan sistem kawalan.
2) Kesan Teknologi Maklumat & Komunikasi ialah dapat menghubungkan kita ke seluruh dunia melalui laman sosial yang ada seperti Facebook. Pembelian dan pembayaran juga boleh dilakukan secara atas talian. Dengan itu, segala transaksi maklumat dapat dilakukan dengan lebih cepat dan pantas.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :