LIVE FB: SOALAN LAZIM (PENGELUARAN KHAS KWSP)

Aktiviti terkini | 1 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital – PEDi Langgar

Ringkasan Aktiviti:
Pengeluaran Khas KWSP adalah bertujuan untuk membantu ahli KWSP menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran kesan daripada pandemik COVID-19.


Tujuan :
• Memberitahu syarat-syarat kelayakan bagi memohon pengeluaran khas.
• Memberitahu cara memohon dan menyemak status permohonan pengeluaran khas.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
1) Kelayakan Pemohon
Ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
2) Amaun Kelayakan
Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000 dan amaun minimum adalah RM50.
3) Tarikh Permohonan
Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022.
4) Cara Memohon Pengeluaran Khas
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun.
5) Cara Semak Status Permohonan
Ahli boleh menyemak status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my; atau Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).



Kelebihan Aktiviti :
• Ahli juga dinasihatkan untuk mengambil kira semua pengeluaran dalam tempoh setahun (haul) yang telah memenuhi syarat-syarat kewajipan zakat dan merujuk kepada pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing.
• Kelayakan bagi permohonan pengeluaran pra-persaraan yang lain seperti pengeluaran perumahan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya adalah tidak terjejas sekiranya ahli mempunyai baki simpanan dalam Akaun 2 selepas Pengeluaran Khas.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :