‘ONLINE TALK: MOBILE E-WASTE’

Aktiviti terkini | 15 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Langgar

Ringkasan Aktiviti:
e-Sisa atau e-Waste merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai sisa tanpa niat untuk penggunaan semula. Dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan e-waste adalah permintaaan peralatan ICT yang tinggi & kadar kelapukan yang tinggi.


Tujuan :
• Memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program Mobile e-Waste dilancarkan pada 18 Ogos 2015
• Promosi pelupusan e-sisa yang berasaskan SIM dan peralatan ICT secara selamat dan mesra alam melalui pendekatan urban mining.
• Contoh e-sisa seperti telefon bimbit, telefon pintar, powerbank, tablets, portable hard disk, MP3 player dan iPod.


Kelebihan Aktiviti :
• Pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya.
• Pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
• Penggunaan konsep ekonomi pekeliling di mana sisa yang dihasilkan di negara kita dikitar semula kepada bahan yang boleh digunakan dalam ekonomi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :