FACEBOOK LIVE: PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA (POSTPAID) & PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA (PREPAID)

Aktiviti terkini | 12 November 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page: Pusat Internet Komuniti Langgar-Digi

Ringkasan Aktiviti:
Pakej Peranti Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif yang membolehkan semua warganegara Malaysia untuk memiliki/menaik taraf peranti mudah alih terpilih yang bertaraf 4G VoLTE secara percuma.
Pakej Remaja Keluarga Malaysia adalah sebuah inisiatif bagi membantu golongan remaja dan pelajar memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian serta mempertingkatkan produktiviti.


Tujuan :
• Komuniti dapat memperoleh peranti mudah alih dengan harga mampu milik dengan tawaran Pakej Peranti Keluarga Malaysia oleh Digi.
• Para pelajar juga dapat akses internet berkelajuan tinggi dengan tawaran Pakej Remaja Keluarga Malaysia oleh Digi.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Orang yang layak untuk melanggan tawaran ini adalah pelanggan Digi yang baru termasuklah pelanggan sedia ada dibawah pelan kadar suara prabayar.
• Tawaran ini berkuat kuasa dari 15 Oktober 2021 hingga 15 April 2022.
• Digi mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk melanjutkan atau mengubah Tawaran dan Tempoh Tawaran tanpa terlebih dahulu pemberitahuan.


Kelebihan Aktiviti :
Pelan Pakej Peranti • Postpaid 40 RM40/bulan
• Internet untuk semua akses 10GB
• Panggilan Tanpa Had ke rangkaian seluruh Malaysia
• PERCUMA 1GB/Hari Internet
Pelan Pakej Remaja • Untuk pelanggan umur 21 tahun & ke bawah
• Pakej Remaja Keluarga Malaysia RM30
• Internet untuk Semua Akses 20GB
• Tempoh Sah 90 hari
• Internet Asas Tanpa Had (64 kbps)
• PERCUMA 1GB/Hari Internet


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :