LIVE ZOON MCMC-UNICEF SEMINAR ON CHILD ONLINE PROTECTION 2021

Aktiviti terkini | 30 Mac 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Langgar

Tujuan :
• Sesi sebelah pagi akan membincangkan topik umum seperti buli siber, keibubapaan digital, dan kesan COVID-19 terhadap perlindungan kanak-kanak dalam talian. Sasaran audiens untuk sesi ini adalah para pendidik, ibu bapa, kanak-kanak, remaja, belia, dan ahli komuniti yang lain.
• Sesi sebelah petang pula dikhususkan untuk pembentangan dan perkongsian oleh para penggubal dasar dan pakar perlindungan kanak-kanak dalam talian termasuk kajian semula Polisi dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Para pemimpin dan pakar antarabangsa dan serantau ini akan berkongsi pandangan dan pengalaman bagi membantu Malaysia membentuk suatu hala tuju; mereka juga akan membuat perkongsian mengenai program-program di peringkat antarabangsa, pengumpulan data, dan perkongsian maklumat serantau. Sesi ini akan turut mengutarakan hasil perbincangan di persidangan ASEAN pada tahun lepas dan panduan kepada negara-negara dalam membangunkan hala tuju atau pelan tindakan perlindungan kanak-kanak dalam talian.

Kelebihan Aktiviti :
• Menggunakan medium platform Facebook dan Zoom untuk perkongsian bagi pelbagai pihak berkepentingan dari Malaysia dan negara-negara lain untuk bertukar pandangan, pengalaman, serta amalan terbaik berkaitan isu perlindungan kanak-kanak di dalam talian (child online protection- COP)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :