LIVE JOIN MS TEAM : TAKLIMAT PENDAFTARAN PERNIAGAAN KEPADA USAHAWAN PEDI OLEH PIHAK SSM

Aktiviti terkini | 13 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Platform Microsoft Team

Ringkasan Aktiviti:
Pihak suruhanjaya syarikat Malaysia memberikan taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) kepada para usahawan PEDi


Tujuan :
• Memperkenalkan SPPP SSM kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara.
• Berkongsi tentang informasi cara membuat pendaftaran perniagaan secara atas talian bagi pakej prihatin dalam website ezbiz.ssm.com.my


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Memperkenalkan “ezbis online” kepada para usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa untuk membuat pendaftaran perniagaan secara percuma tanpa perlu menghadirkan diri ke pejabat SSM.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memperkenalkan SPPP SSM kepada para usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran sepenuh masa bagi yang ingin memulakan perniagaan dan membuat pendaftaran niaga.
• Skim pendaftaran perniagaan prihatin (SPPP SSM) adalah percuma bagi golongan sasaran usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran sepenuh masa.
• Memudahkan urusan pendaftaran perniagaan bagi yang memohon untuk pertama kali nya yang tiada entity perniagaan aktif kerana ianya hanya berdaftar secara atas talian.
• Usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran sepenuh masa hanya perlu memasuki website ezbiz.ssm.com.my bagi membuat pendaftaran perniagaan.
• Dapat menjimatkan masa dan tenaga tanpa perlu menghadirkan diri di pejabat SSM.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :