Roadshow Digi Pusat Internet bersama Komuniti

19 Oktober 2018 | Jumaat
9.00 pagi - 12.30 tengahari | Pusat Internet Langgar, Kedah

Tujuan:
 Memberi peluang kepada penduduk setempat mendapatkan sistem telekomunikasi pada harga yang berpatutan.
 Memastikan usaha untuk memanfaatkan tawaran percuma capaian internet plan Digi dalam kalangan anggota masyarakat dicapai.
 Penekanan kesan positif penggunaan rangkaian telekomunikasi terbaik kalangan penduduk luar bandar.
 Usaha pihak Digi menyediakan kemudahan dan akses Internet supaya anggota masyarakat dapat memanfaatkan ICT secara optimum.

Kelebihan:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti setempat dengan staff staff pusat internet.
 Menarik minat komuniti untuk berkunjung ke pusat internet.
 Membuka peluang kepada komuniti untuk beramah mesra antara satu sama lain, disamping membeli telefon pintar dengan harga yang murah.

Penglibatan:
Para peserta program.

Perlaksanaan Aktiviti:
 Program Road Show adalah bertujuan membekalkan maklumat kepada pengguna rangkaian telekomunikasi setempat khususnya komuniti Langgar berkenaan tawaran istimewa dari Digi. Tawaran yang merangkumi potongan harga yang berpatutan daripada telefon jenama VIVO juga dilihat bakal menarik khalayak sasaran pada hari program.

Aktiviti Berkaitan:
 Aktiviti seperti sukaneka bersama komuniti dijalankan.
 Antara aktiviti dijalankan ialah Kutip Coklat, Balingan kasih keluarga, Kuiz Online, Larian kain batik dan penyajian makanan.
 Terdapat gerai - gerai jualan daripada usahawan Pusat Internet.
 Pameran & cuci emas percuma daripada Yapiem.
 Pameran booth dan jualan VIVO Y53.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama