Klik Dengan Bijak Jelajah Sebenarnya.my

24 Mac 2018 | Sabtu
8.00 pagi – 6.00 petang | Sekolah Kebangsaan Alor Melintang, Tajar, Kedah

Tujuan:
Menarik orang ramai yang hadir untuk memperkenalkan portal sebenarnya.my dan mendidik mereka untuk sentiasa mengambil berat tentang kesahihan sesuatu berita yang dikongsi melalui sebenarnya.my.

Kelebihan:
 Pengunjung mendapat ilmu yang baharu berkenaan pengetahuan cara mengesahkan kandungan maklumat sebelum kongsi.
 Pengunjung sedar apa tindakan dan siapa perlu dihubungi sekiranya mendapat sesuatu berita sebelu dikongsi di laman sosial masing-masing.

Penglibatan:
Peserta program.

Perlaksanaan aktiviti:
Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan dalam memilih berita, dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi.

Aktiviti Berkaitan:
 Mengedarkan risalah sebenarnya.my.
 Menarik pengunjung untuk berkunjung ke booth MCMC.
 Memberikan penerangan ringkas dan padat berkenaan portal sebenarnya.my dan tema ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’.
 Menjalankan pelbagai aktiviti seperti kuiz silang kata, dam ular gergasi dan lain-lain.
 Pemenang mendapat cenderamata Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama