Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat Internet 1Malaysia Langgar bersama JKKK dan KRT Kampung Tanjung Inggeris

26 Mei 2017 | Jumaat
10.00 pagi – 12.00 tengahari | Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Langgar

Tujuan:
Bertujuan dapat mewujudkan ikatan kerjasama antara PI1M Langgar bersama wakil-wakil penduduk setempat.

Kelebihan:
- Berpeluang mengenali dengan lebih baik antara PI1M Langgar dengan wakil-wakil penduduk setempat.
- Memberi ruang untuk PI1M Langgar menjelaskan dengan lebih terperinci peranan PI1M.
- Membantu untuk menjalin kerjasama pada program akan datang.

Penglibatan:
1). Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjung Inggeris.
2). Ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Inggeris.

Perlaksanaan aktiviti:
Melantik dan memilih wakil-wakil penduduk setempat untuk mengisi Ahli Jawatankuasa PI1M Langgar.

Aktiviti Berkaitan:
- Ucapan Pengerusi JKKK Tanjung Inggeris.
- Taklimat Peranan PI1M Langgar.
- Pemilihan AJK PI1M Langgar.
- Perbincangan Program – Open Day.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Encik Mansor Bin Haji Zahrudin selaku Pengerusi JKKK Tanjung Inggeris memimpin Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PI1M Langgar


Kembali ke halaman utama