Advokasi & Klik Dengan Bijak Cyber Challenge bersama ahli Pengakap siri 2

12 Mei 2017 | Jumaat
9.00 pagi – 12.00 tengahari | Kem Pengakap Pokok Sena

Tujuan:
Bertujuan dapat melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

Kelebihan:
- Melatih semangat berkerjasama secara berkumpulan oleh peserta untuk melaksanakan sesuatu tugasan.
- Menguji tahap kecekapan peserta dalam menjawab soalan.
- Memberi pendedahan mengenai penggunaan internet dengan bijak dan selamat.
- Mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta bersama Staff Pi1M.

Penglibatan:
Pelajar Pengawas Asrama Negeri Kedah

Perlaksanaan aktvitii:
Memberi pendidikan kepada pelajar berkaitan internet dan tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelajar melayari internet.

Aktiviti Berkaitan:
Program dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Peserta didedahkan dengan informasi-informasi berkaitan cara mengawal keselamatan dalam melayari internet. Kemudian peserta diberi tugasan dalam menyelesaikan aktiviti KDB Cyber Challenge yang terdiri daripada Cari Perkataan, Ujian Kecekapan dan Suai Susun Gambar.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama