Program Pengisian Permohonan UPU & SPA8 Bersama Pelajar Lepasan SPM

26 Mac 2017 | Ahad
3.00 petang – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Langgar

Tujuan:
Program ini bertujuan untuk membantu para pelajar berkenaan bagaimana panduan mengisi permohonan UPU secara atas talian dan membantu serba sedikit memberi maklumat berkaitan IPTA/IPTS dan aliran yang ingin dipohon pelajar.

Kelebihan:
- Merapatkan hubungan silaturrahim di antara staff Pi1M dengan komuniti.
- Dapat membantu pelajar dalam mengisi permohonan UPU & SPA8 secara atas talian.
- Memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M.

Penglibatan:
Pelajar Lepasan SPM

Aktiviti Berkaitan:
Mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Langgar.

Perlaksanaan Aktiviti:
Peserta diberikan maklumat mengenai panduan pengisian permohonan UPU & SPA8.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

Peserta mengisi borang permohonan UPU di atas talian mengikut panduan yang ditunjukkan oleh staf Pi1M Langgar




Kembali ke halaman utama