Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PI1M Langgar dengan kerjasama JKKK Kampung Tanjung Inggeris

14 Julai 2017 | Jumaat
3.00 petang – 6.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Langgar, Kedah

Tujuan:
Menyambut perayaan bersama komuniti setempat dan memperkenalkan lagi PI1M Langgar kepada komuniti yang masih tidak mengetahui fungsi PI1M Langgar.

Kelebihan:
• Dapat menunjukkan kelebihan dan perkhidmatan yang disediakan PI1M Langgar kepada VIP yang hadir.
• Mengeratkan hubungan diantara staf Pusat Internet 1 Malaysia bersama penduduk setempat.
• Mendedahkan fungsi PI1M Langgar kepada penduduk yang masih kurang/belum mengenali PI1M Langgar.

Penglibatan:
Ahli-ahli PI1M.

Perlaksanaan aktiviti:
Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Wakil Rakyat, JKKK Kg Tanjung Inggeris, Ahli-ahli PI1M Langgar dan penduduk setempat.

Aktiviti Berkaitan:
• Program dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan dari Pengerusi JKKK Kg Tanjung Inggeris kemudian diteruskan dengan ucapan dari wakil staf Pi1M Langgar.
• Ketibaan tetamu VIP Dato’ Said Ali Bin Syed Rastan (Ketua Pembangunan Pokok Sena) & Dato’ Ariffin Bin Man (Timbalan Ketua Pembangunan Pokok Sena).
• Jamuan berlangsung.
• Sesi penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai beberapa pertandingan dan sesi penyampaian cabutan bertuah kepada jemputan yang hadir.
• Bersurai.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama