Program Klik Dengan Bijak, Mobile e-Waste & Check Your Label

14 Julai 2017 | Jumaat
9.30 pagi – 1.00 petang | Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Langgar, Kedah

Tujuan:
Bertujuan memberi maklumat berkenaan keselamatan komuniti ketika berkongsi butiran diri dan berwaspada ketika melayari laman sosial selain menerangkan berkenaan Mobile e-Waste serta memeriksa label pada smartfon masing-masing.

Kelebihan:
• Ahli-ahli PI1M Langgar dan penduduk yang hadir kini mengetahui cara untuk memastikan keselamatan semasa berkongsi maklumat peribadi dan berwaspada terhadap jemputan daripada orang yang tidak dikenali di laman sosial.
• Selain itu, mereka mengetahui cara untuk mengurus peranti yang rosak atau tidak digunakan lagi.
• Kebaikan lain, mereka sudah pandai untuk semak label peranti masing-masing.

Penglibatan:
Ahli-ahli PI1M.

Perlaksanaan aktiviti:
Memberi pendedahan kepada komuniti setempat untuk sentiasa menjaga keselamatan dan berwaspada ketika melayari internet.

Aktiviti Berkaitan:
• Program dimulakan dengan pendaftaran kehadiran.
• Ahli-ahli PI1M Langgar dan penduduk yang hadir diberi penerangan berkenaan apa itu KDB, Mobile e-Waste dan Check Your Label.
• Seterusnya diberi pilihan untuk menyertai mana-mana aktiviti KDB yang disediakan.
• Jawapan setiap aktiviti dinilai dan diberi cenderamata kepada pemberi jawapan yang tepat.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:





Kembali ke halaman utama