Advokasi dan Klik Dengan Bijak di Kem Pengakap Pokok Sena

13 April 2017 | Khamis
2.30 petang – 4.30 petang | Kem Pengakap Pokok Sena

Tujuan:
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai modul Klik Dengan Bijak yang mengandungi cara bagaimana untuk melayari internet secara berhemah dan memberi maklumat kepada peserta mengenai modul “Mobile E-Waste”.

Kelebihan:
- Mendedahkan kepada peserta pelbagai pilihan dan cara melayari internet dengan baik.
- Membantu peserta untuk lebih prihatin terhadap keselamatan apabila berkongsi butiran peribadi di internet.
- Menerangkan fungsi sebenar “Mobile E-Waste” kepada peserta bahawa telefon bimbit yang sudah tidak digunakan lagi boleh dikitar semula.
- Peserta juga diberi maklumat mengenai kesan-kesan jika tidak melupuskan telefon bimbit yang tidak digunakan.

Penglibatan:
Pelajar Sekolah Rendah & Sekolah Menengah sekitar Pokok Sena, Kedah

Aktiviti Berkaitan:
Program dimulakan dengan taklimat Klik Dengan Bijak oleh staff Pi1M dan diteruskan dengan taklimat “Mobile E-Waste” dengan memberi maklumat kepada peserta mengenai fungsi “Mobile E-Waste”. Kemudian peserta diberikan soalan berdasarkan taklimat yang telah diberikan untuk menguji tahap daya ingatan setiap peserta.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama